Aug 29, 2009

Bergoncang dinding dengan muzik


Selamat sejahtera, sudah berabad aku tidak berperkataan di blog ini.Jadi aku rasa sudah tiba masanya.Okeh, aku seorang yang optimis, semua benda yang terjadi pada aku mesti ada sebab.Baik,buruk,susah,masam,manis,pahit dan sebagainya.Cukup pasal aku, ni berkenaan yang benda aku nk ckp Hari nih.

Aku tahu aku seorang yang tidak pandai untuk berniaga, tidak ada ilmu dalam marketing dan jahil dalam kira2 duit atau dalam erti kata lain calculate duit.Akan tetapi, kenapa mesti kedai2 terutamanya kedai2 makan mesti diletakkan 'd' di depan sebagai contoh, d'kota,d'paprik,d'pattaya dan d'macam2.Ni chatspace ke, berniaga?Bagi aku nama memainkan peranan penting dalam perniagaan.Nama silap, orang tak berminat, kedai cacat, susah nak dikomersialkan.Tu bagi aku so kalau korang ada pendapat lain, kritik2 baik dan buruk diterima di comment box.

Contoh kedai homegrown yang berjaya, 1901 hotdogs. Pada mulanya aku tertipu dengan cara pemasaran syarikat berikut.First time aku makan chicago beef, enak sungguh.Selepas ayahaku dengan gelojohnya menghabiskan hotdog beliau, dia pon bertanya, kedai ni datang dari mana?Aku ngn adik aku tanpa melihat belakang dan tanpa menggarukan kepala terus berkata,

United States?SALAH.Germany?SALAH.Mexico?SALAH.Ayah aku pun berkata, sini lah,tempat lahir kau.Terkejut aku.Bkan aku underestimate tetapi, kedainya tak nampak macam kedai2 makan local yang lain.Bravo.Sama seperti Giordano,nama macam berasal dari Italy, da vinci la konon, padahal, Hong Kong mari maaa..


Konklusinya, tah aku pun tatau.Ni apa yang aku rasa.Gambar kat atas tu antara produk yang mempunyai marketing strategy yang berjaya.Ramai yang tertipu termasuklah aku.Haha

yang benar,
afiq

4 comments:

  1. Ape yg kau tertipu dgn smena kau? n nape ttbe tuleh post pnjng2 ni? aneh sungguh. hahahah

    ReplyDelete
  2. bayangkan kalau ada restoran nme "ENAK".
    i would agree tht ppl wouldnt be convinced. xD
    hahaha.

    ReplyDelete
  3. ape lah. dah lame dah tau 1901 tu malaysian.

    ReplyDelete