Jun 14, 2010

Detail kan? (versi teruna)

"oi, jaga booth, kitorang nak lepak-lepak jap"

Begitulah dialog yang ditujukan oleh aku yang hanya suka berdepan dengan skrin biru gelap telefon bimbit berjanama nokia. Kejam kan? Lagi kejam perbuatan aku sebenarnya, tetapi tidak perlulah aku bercerita sebab itu bukan main point of the story, maaf. Tanpa hesitasi, duduklah aku di booth yang kekurangan maklumat kerana kekurangan banner bersama dengan rakan baik aku pada masa itu, buku reference fizik. Esok ujian, ah malas aku baca, bukan aku nak buat roket, malaysia main bola pun tak lepas, ada hati nk buat rocket. Aku pun melihat di sekeliling, darah muda ku pada masa itu sungguh pasif rasanya, melihat ada yang berdua-dua, ada yang memang semangat habis dengan kereta mereka, nak pergi ke negara atas angin, siapa taknak bukan? Haih, aku rasa sungguh, entah. Tetapi, ehem, perasaan entah aku tidak kemana, mata aku terlekat dek seorang gadis yang membawa kamera mahal berbaju biru. Wah, aku pun tidak tahu kenapa aku rasa panik, darah aku kembali aktif memancut-mancut, tanganku menggeletar kalah blender mak aku, oih aku nak kaulah! Oh aku lupa, aku dah berpunya, tapi macam tak je, baik aku cari orang lain, tetapi hakikatnya aku sudah berpunya.

Terlepas la begitu sahaja peluang aku nak tackle gadis biru tu. Lagipun aku bukanlah handsome, muka macam longkang belakang kedai, enjin BMW lagi handsome aku rasa. Okay fizik, terus membaca. Gadis itu pun berlalu pergi. Sejam kemudian kot(tak ingat harap maaf) , masih membaca. Formula-formula bagai nak rak, kusyuk pulak aku time tu, okay force ini, drag sana, newton sini, einstein sana, yelah tu kan. Pastu tah kenapa aku rasa ada orang tengah berdiri kat depan aku, aku ingat mamat team aku, bolehla aku mintak belanja sirap dengan hot dog. Sekali hah amik kau, gadis biru itu bersama tah siapa tah aku tak kenal. Aku pun tanpa buang masa terus menutup buku, berdiri tangan di hadapan dan buat gaya salesman (itulah apa yang aku disuruh untuk berkelakuan di depan semua orang). Wah gadis biru tulah, apa lagi ada chance! baru nak bersuara, sekali member dia yang cakap dulu, hampeh potong line betul haha. Takpe-takpe layan dulu, japgi baru tegur. Setelah penat melayan baru lah dialog legendary keluar;

"Kenal saiful sufri tak?"

Oh alamak, dia suka saiful sufri lah. Aku pun aiseyhman, takpelah nak buat macam mana kan. Bodoh kan buat assumption awal, typical. Aku pun macam mampu melihat jelah gadis biru tu, perasaan awkward meninggi, susah la nak bercakap dengan orang yang aku suka senang cerita.Dipendekkan cerita, ini dikira sebagai titik pertemuan aku dengan gadis biru tu, buat aku tersenyum sendiri bila dikenang, tetapi cerita ni tak habis lagi. Masa pun berlalu, aku dengan gadis biru itu semakin rapat disebabkan aturan main dalam perhubungan. Pada masa yang sama, aku diserang oleh perasaan bersalah. Oh yeah, tetapi disebabkan tu bukan main point of the story so aku tidak cerita lah, lagipun masalah aku tu selesai jugak akhirnya. Hari silih berganti, season demi season. Perasaan sayang semakin membuak-buak, kadang-kadang aku pun tak tahu nak describe. Kadang-kadang rasa macam nak pergi menembak kambing pun ada, tak tahu nak luahkan atau tidak.

Pfftt, selepas hampir 3 hari berfikir, yes 3 hari aku masih ingat. Antara hari yang terpanjang dalam hidup aku. Aku pun mengajak si gadis biru keluar dan 'study' lah kononnya kan, tahun SPM, mestilah rajin, barulah berjaya, bak kata mak ayah aku lah. Lepas tu keluar lah aku ngan dia, menaiki taxi ke Damansara Uptown. Pergi sambil makan sambil study. Buku sejarah, wah lawa nya rambut dia, okeh2 focus. Pastu dia tanya aku soalan, trivia la lebih kurang. Boleh kata hampir semua aku jawab salah. Malunya, tapi yelah kan, nak buat macam mana, takleh nak focus. Lepas makan, aku try la nak masuk line, tapi yeah, takut pulak. Mana tahu dia memang betul-betul nak study, silap hari bulan memang kene reject terus. So aku hold dulu, tunggu masa sesuai. Tup tap tup tap, dah pukul 6, lepas tu gadis biru tu ckp "eh, i kene rush lah,". Alamak okey jomlah cari taxi. Dalam taxi keramat tu, aku berfikir panjang kembali, "eh, you okay tak?". Macam tau-tau je aku ada bende nak cakap, lepas tu radio pun ada cakap pasal iklan buat pelamin, ada sale katanya. Hmm, aku pun okeh la, kita tengok jelah kt lrt station nanti.

Sampai-sampai di lrt station, adrenalin memuncak. Aku macam nak demam time tu, oh memang aku panic. Gadis biru tu suruh aku balik, nak je aku jawab kalau rindu nanti macam mana? Takleh-takleh tak menjadi. So, bila dia selesai membeli tiket, menuju ke platform, aku memandang tepat ke arah mata gadis biru tu dan berkata seperti berikut meluahkan segala benda yang aku rasa, aku mengaku, memang aku lame, tapi yeah sayang tak mengira lame. Tapi tu perasaan aku akan tetapi aku tidak pulak seal the deal, bermakna tugas aku belum selesai. Tak sempat aku berkata-kata, "Now what?,". Then aku macam tercekik sekejap pastu dengan rendah diri nya pun berkata, " Do you want to make it official?" yes, carpe diem, do or die. Aku pun tatau perasaan time aku time tu, bagai dunia terhenti sekejap. Takut, control, mahu, malu. Tapi yelah kan. Faham-faham jelah. Oh well, nak tahu hasilnya? scroll la gambar di bawah. Setahun sebelas hari dah, and still counting, kan Dian Mashita?

I love you

yang benar,
afiq ghazali
*sorry esp to gadis biru kalau petikan di atas tidak seberapa romantis, dan lambat mengepost :)